Translate

Wednesday, July 20, 2011

Hiasan bunga untuk Parti Ulangtahun Majalah Yezz (Karangkraf) - Julai 2011, Cruise Tasik Putrajaya

Tema: Fairy tales


Bunga orkid (ungu, kuning dan merah), ros merah jambu, daun kelapa dan sedikit hiasan.


Wrist band - Riben dan rama-rama hiasan berwarna hijau dan ungu




Bunga Bouquet Untuk Anugerah Juara Lagu ke-25 (AJL 25), TV3 - 2011

THE PERSADA dipilih kali kedua oleh produksi Anugerah Juara Lagu ke-25 (AJL 25), TV3 untuk menyediakan jambangan bunga (hand bouquet) untuk para pemenang. Kali ini, THE PERSADA membuat rekaan bunga khas dengan mengikut tema AJL 25.

Tema: Music mapping
Hiasan: Tema AJL 25 dapat dilihat pada kain pembalut bunga (baldu hitam) untuk Juara dan Naib Juara AJL 25.




Pereka dekorasi bunga, Zul Mohd bersama Juara AJL 25, Ana Raffali.



Koleksi Dekorasi Perkahwinan - Tema Morocco Moden

Tema: Morocco dengan unsur-unsur tadisional dan moden
Warna: Ungu dan emas
Props: Buah-buahan tropika diisi di dalam dulang ala Morocco, bekas shisha, bulu ostrich warna ungu dan coklat, permaidani ala Morocco, bekas-bekas lampu Morocco.

Pintu gerbang di laluan masuk utama










Dekorasi Perkahwinan Penerbit rancangan Fuhhh! TV3 (April 2011) - Modern, non-symetrical & Colours Gradient


Penerbit rancangan hiburan Fuhhh!, TV3 iaitu Ayau telah memilih khidmat THE PERSADA untuk dekorasi majlis perkahwinannya yang bertempat di Damansara, Kuala Lumpur. Majlis tersebut mendapat liputan dalam rancangan Fuhhh! pada April lalu.

Tema: Susunan moden, tidak simetri (non-centre) dan kain pelamin tona warna berubah dari warna hitam-kelabu-putih disusun tidak centre dengan kerusi sanding

Warna: Tona warna hitam, kelabu dan putih untuk kain pelamin, hiasan-hiasan berwarna hijau epal

Bunga: Orkid hijau disusun secara ringkas dan rawak di dalam bekas kaca panjang yang moden berisi air.

Props:Tiang-tiang besar putih disusun menjadi para untuk meletak hiasan bunga orkid hijau di dalam bekas kaca panjang. Selain itu diletakkan juga hiasan lilin hijau di kiri dan kanan kerusi sanding serta bekas lampu moden dengan cahaya hijau, bantal sanding hijau, kipas sanding bulu putih ala kayangan.

Saksikan susunan pelamin seperti gambar-gambar di bawah:









Bunga pegang (Bridal bouquet), iaitu sejambak ros merah untuk pengantin perempuan

Penerbit Fuhhh!, Ayau bersama isteri, Alita.



Zul Mohd ditemubual oleh wartawan Fuhhh!

Koleksi Dekorasi Perkahwinan - Dalam Taman

Dekorasi perkahwinan ala-ala di dalam taman amat digemari oleh bakal pengantin kini kerana lebih santai, moden dan ringkas tetapi nampak menarik.

Warna: Putih dengan bunga-bungaan segar berwarna merah jambu lembut, ungu dan biru lembut, krim serta putih. Tidak kurang juga dengan penggunaan bunga orkid ungu beserta dedaun segar menjalar.

Props: Pelamin seakan-akan dalam sangkar beserta motif pagar kayu berjaring, bantal berbulu putih serta kipas sanding ala bulu ayam berwarna merah dan ungu.











Koleksi dekorasi perkahwinan - Ringkas, Moden & Eksklusif

Dekorasi perkahwinan ini mempunyai elemen-elemen yang moden & ringkas tetapi masih menampakkan ciri-ciri eksklusif

Warna: Putih dengan bunga-bungaan segar berwarna krim, ungu lembut dan merah lembut
Props: bekas-bekas lilin kecil dengan bekas yang eksklusif, hiasan lilin pada bunga di laluan masuk (pengganti arch), tanglung putih moden dihiasi cahaya lampu putih dan oren, kipas sanding ala bulu ayam yang berwarna merah dan ungu.









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...