Translate

Wednesday, May 4, 2011

THE PERSADA - Butik Dekorasi dan Gubahan Bunga




The Persada Enterprise (THE PERSADA) ditubuhkan pada tahun 2006.

THE PERSADA merupakan syarikat milikan tunggal berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) (001593651-H) dan pembekal bumiputera berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia (357-02069358) yang menjalankan perniagaan dalam bidang pembekalan bunga segar, dekorasi bunga, dekorasi pelamin perkahwinan, dekorasi majlis dan acara.

Beroperasi di Ampang, Selangor, THE PERSADA yang berada dalam industri hiasan bunga segar sejak 10 tahun lalu mencipta pelbagai kejayaan dan kenangan manis dalam merealisasikan kehendak pelanggan yang inginkan kelainan dalam setiap dekorasi. Selain itu, khidmat THE PERSADA dalam hiasan bunga tidak mengenakan bayaran yang tinggi kepada pelanggan-pelanggannya, malah pelanggan boleh memilih hiasan bunga bersesuaian dengan bajet masing-masing.

Sentuhan gubahan bunga dari THE PERSADA pernah dihasilkan untuk pelbagai organisasi, majlis, acara mahupun untuk golongan kenamaan. Antaranya:

1) Pejabat Perdana Menteri

2) Parlimen Malaysia

3) Hotel The Royale Chulan Kuala Lumpur

4) Hotel De Palma, Ampang

5) Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM)

6) Jabatan Perumahan Negara, Kementerian Perumahan, Kesejahteraan Bandar & Kerajaan Tempatan

7) Penaja rasmi bunga di Anugerah Juara Lagu ke (AJL) 24, 25 & 26 (2010, 2011 & 2012), TV3.

8) Penaja rasmi bunga untuk Final Pencarian Dewi Remaja 2010 anjuran Majalah Remaja,

Kumpulan Karangkraf.

9) Penaja Rasmi bunga untuk program TV, Mentor 5 (TV3), Gadis Melayu TV9 & MyStarz LG TV3

10) Berpeluang menghias bunga untuk majlis pernikahan penyanyi tersohor Dato' Siti

Nurhaliza, hiasan pelamin pelakon Catriona Ross dan Sharifah Sofea.

11) Berpeluang menggubah jambangan bunga hand bouquet untuk tetamu VVIP, DYMM Raja Permaisuri Agong ke-13, Tuanku Nur Zahirah, DYMM Sultanah Johor Raja Zarith Sofiah serta Y.A.Bhg Datin Seri Rosmah Mansor pada majlis-majlis rasmi.

12) Berpeluang muncul dalam pelbagai segmen berkenaan gubahan bunga dan dekorasi di dalam media cetak serta elektronik utama Malaysia.



Objektif: Menggubah pelbagai jenis gubahan bunga yang menarik dengan harga berpatutan.

Misi : Menampilkan kelainan dan mempunyai nilai eksklusiviti dalam setiap gubahan bunga mengikut kehendak pelanggan dan bajet.

Visi : Ingin menjadi peneraju terulung dalam industri gubahan bunga di Malaysia.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...