Translate

Sunday, December 30, 2012

Dekorasi Majlis Rumah Terbuka Malaysia Krismas 2012 & Sambutan Tahun Baru 2013

THE PERSADA telah membuat dekorasi dan gubahan bunga segar untuk Majlis Rumah Terbuka Malaysia Krismas 2012 & Sambutan Tahun Baru 2013 yang berlangsung di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur pada 31 Disember 2012. Majlis dianjurkan oleh Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan.

Dekorasi meliputi 4 batang pokok Krismas setinggi 8 kaki, sebatang pokok Krismas 20 kaki, hiasan bahagian bawah pokok Krismas setinggi 30 kaki, kereta kuda hiasan dan gubahan bunga segar untuk pentas utama.












Tuesday, November 20, 2012

Gubahan Bunga Segar Majlis Rumah Terbuka Malaysia Deepavali 2012 di Sungai Siput, Perak

THE PERSADA telah menggubah hiasan bunga segar pada pentas, rostrum dan meja makan utama tetamu kenamaan negara pada majlis sambutan Rumah Terbuka Malaysia Deepavali 2012 di Ladang Info Ternak. Sungai Siput, Perak.



Bunga segar yang telah digunakan terdiri daripada brassica (bunga kobis - warna ungu dan krim), orkid (putih, ungu, merah, kuning), tuberose (harum sundal malam), candle lily dan bunga kekwa (putih, merah, kuning), serta ros merah pada meja makan utama VIP.

Untuk hiasan bercirikan sambutan Deepavali pula, THE PERSADA telah meletakkan beberapa batang bulu merak di antara gubahan bunga segar pada pentas utama dan meja makan utama VIP.

Friday, October 12, 2012

Pelamin & Hantaran Pertunangan (Shaz - Adik Ipar Catriona Ross)

Dekorasi dan gubahan bunga segar pelamin dan hantaran pertunangan untuk Shaz iaitu adik ipar kepada pelakon, Catriona Ross.

Konsep: Modern, sweet & simple with English touch
Warna: Warna-warna lembut dan pastel seperti putih, krim, pink, ungu dan turquoise

Pelamin:

Hantaran daripada pihak perempuan:





Hantaran daripada pihak lelaki:





Bunga pegang (Bridal bouquet):

Thursday, October 4, 2012

Gubahan Bunga Segar Majlis "The Launching of World Development Report 2012 & World Bank Regional Report" di Hotel Renaissance, Kuala Lumpur

Gubahan bunga segar untuk majlis rasmi The Launching of World Development Report 2012 & World Bank Regional Report di Hotel Renaissance, Kuala Lumpur pada 5 Oktober 2012.








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...