Translate

Wednesday, February 22, 2012

Gubahan Bunga Segar Pentas - Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat

THE PERSADA telah menggubah hiasan bunga segar untuk pentas dan rostrum di Dewan Perdana Nur, Bangunan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat di Persiaran Perdana, Presint 4, Putrajaya pada 21 Februari 2012.

Majlis rasmi tersebut merupakan Majlis Penyerahan Komputer Riba Idola Kepada Persatuan Ibu Tunggal, yang dihadiri oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat - YB Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.


Monday, February 20, 2012

Pelamin Payung - Untuk Majlis Pernikahan / Pertunangan


Pelamin di atas menggunakan latar (backdrop) daripada kertas bercorak pelbagai warna yang direka secara kreatif dan eksklusif berbentuk permukaan atas payung.

Pelamin ini sesuai untuk majlis pernikahan atau pertunangan.

Tuesday, February 14, 2012

Jambangan Bunga Khas - Majlis Pelancaran Buku di UTM KL oleh DYMM Sultan Terengganu & DYMM Sultanah Terengganu



Jambangan bunga (flower bouquet) di atas telah disediakan khas untuk Universiti Teknologi Malaysia (UTM) sempena Majlis Pelancaran Buku - A New Landmark of Malaysia Antarctic Research Programme oleh DYMM Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin serta dengan keberangkatan DYMM Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah di Kampus UTM Jalan Semarak, Kuala Lumpur pada 14 Februari 2012.


Monday, February 13, 2012

Hantaran Perkahwinan Istimewa - Penerbit & Penolong Penerbit TV3

Hantaran perkahwinan yang direka istimewa untuk Penerbit dan Penolong Penerbit di TV3- Gbam & Suhana Osman.

Hantaran digubah secara ringkas dan moden, tetapi menarik, bersama-sama penggunaan bunga ros dan orkid segar serta bulu ostrich kecil.

Mas Kahwin yang digulung di dalam bekas kaca serta dianyam sebagai tikar mengkuang di bawahnya:

Telekung yang digubah sebagai beg tangan dan digulung, serta senaskhah Al-Quran




Saturday, February 11, 2012

Pelamin Persandingan Turquoise - Grey




Pelamin persandingan berwarna biru firus - kelabu (turquoise - grey), dengan penggunaan barangan deko seperti bantal-bantal kecil, bekas lampu (lantern), bebola bunga serta lampu hiasan di kiri dan kanan pelamin.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...