Translate

Wednesday, July 20, 2011

Majlis Perkahwinan Pelakon, Sharifah Sofea (Jun 2010) - Modern Fusion with Traditional Touch

Pelakon berdarah kacukan, Sharifah Sofea yang popular menerusi drama bersiri Nur Kasih tidak lama dulu merupakan artis kedua yang memilih khidmat THE PERSADA untuk dekorasi majlis perkahwinannya. Majlis untuk media dan rakan artis itu bertempat di Hotel Concorde Kuala Lumpur.

Tema: Gabungan moden dengan sentuhan tradisional
Warna: Putih, merah dan sedikit unsur-unsur biru
Bunga: Ros merah
Props: Kerusi sanding cleopatra moden berwarna merah, lantera ala Morocco berwarna putih, bekas-bekas lilin ala Morocco berwarna merah pada tempat ala pohon pokok yang tinggi (belakang kerusi sanding), kipas sanding besar tradisional ala Kesultanan Melaka, kristal biru, balang kaca di dalam bekas unik dan moden berisi ikan-ikan kecil (gapi)








Balang kaca di dalam bekas unik dan moden berisi ikan-ikan kecil dan guli berwarna-warni.

Hiasan bunga pada meja makan utama

Acara memotong kek Sharifah Sofea bersama suami, Syed Ismail

Sharifah Sofea bersama Pereka dekorasi perkahwinan, Zul Mohd

Majlis Persandingan Pelakon, Catriona Ross (Julai 2009) - Inggeris Moden di dalam Taman

Catriona Ross merupakan artis pertama yang mengambil khidmat THE PERSADA untuk dekorasi majlis persandingan. Majlis artis berdarah kacukan tersebut diadakan untuk pihak media dan rakan artis bertempat di Bora Ombak, Ampang yang bercirikan suasana Bali, Indonesia.

Tema : Inggeris moden di dalam taman
Warna pilihan: Putih dan Krim
Bunga pilihan: Bunga-bunga segar berwarna putih dan krim seperti orkid dan ros serta
rimbunan daun-daun segar menjalar.
Props pilihan: Sangkar burung besar, sepasang burung merpati putih, bola-bola bunga berwarna putih, kipas sanding bulu ostrich, bantal sanding berbulu putih.






Sepasang burung merpati di dalam sangkar burung

Bridal bouquet

Pintu gerbang (Arch)

Dekorasi bunga di laluan masuk ke pelamin

Catriona Ross berjalan masuk ke pelamin membawa bridal bouquet bersama-sama adiknya yang memakai flower corsage pada sut

Bersanding

Catriona Ross dan suami, Shaharuddin

Catriona Ross bersama Pereka dekorasi perkahwinan, Zul Mohd

Penampilan terkini - Catriona Ross selepas bertudung

Tuesday, July 19, 2011

Dekorasi Meja Beradap & Meja Tetamu Majlis

HIasan pada Meja Beradap untuk pengantin, tetamu kehormat serta tetamu jemputan ke sesuatu majlis amat dititkberatkan kerana suasana majlis akan berubah menjadi lebih istimewa dan eksklusif.













Monday, July 18, 2011

Dekorasi Kamar Pengantin

Hiasan kamar pengantin menjadi tradisi perkahwinan Melayu sejak dahulu sehingga kini. Bilik pengantin yang dikhaskan ini sering menjadi tumpuan tetamu terutama sanak saudara dan sahabat handai untuk bergambar kenangan bersama pengantin atau sekadar melihat dekorasinya untuk tatapan dan ilham bakal pengantin.



Di THE PERSADA, hiasan kamar pengantin mengikut tema yang diberi oleh pengantin atau tuan rumah. Contoh di atas menggabungkan unsur-unsur romantis di mana penggunaan bunga-bungaan segar terutama bunga ros merah menjadi pilihan. Taburan kelopak ros merah menjadi penambah seri pada kamar beradu ini.

Hantaran Perkahwinan

Di THE PERSADA, hantaran perkahwinan yang dihasilkan merupakan susunan berbentuk moden di mana barang hantaran disusun secara kemas, ringkas dan kreatif dengan hiasan bunga segar di dalam dulang hantaran. Berikut merupakan contoh hantaran yang dihasilkan:


- Sirih Junjung -













Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...