Translate

Tuesday, May 28, 2013

Gubahan Bunga Segar - Patron's Lunch, Women Deliver 2013 Conference di Grand Hyatt Hotel Kuala Lumpur

Gubahan bunga segar oleh THE PERSADA pada majlis Patron's Lunch bersempena persidangan antarabangsa Women Deliver 2013 Conference bertempat di Grand Hyatt Hotel, Kuala Lumpur. Tetamu kenamaan terdiri daripada isteri Perdana Menteri, Y.A.Bhg. Datin Seri Rosmah Mansor, kerabat-kerabat diraja luar negara serta kenamaan-kenamaan antarabangsa.



Gubahan bunga segar pentas, rostrum dan pintu masuk utama terdiri daripada jenis bunga kekwa, anthurium, crab, ros, daisy dan orkid. Keseluruhannya berwarna pastel iaitu ungu, merah jambu, oren dan krim lembut.


Cenderahati sekuntum bunga dari jenis carnation merah jambu yang dibalut secara ringkas dan menarik.


Gubahan bunga artificial pada bakul rotan.


Gubahan-gubahan bunga segar lain yang terdapat dalam majlis tersebut.

Tuesday, May 21, 2013

Gubahan Bunga Segar untuk Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat

THE PERSADA telah menggubah bunga segar untuk majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) di Dewan Perdana Nur, Bangunan KPWKM Putrajaya. Majlis dihadiri oleh Menteri KPWKM yang baru, Y.B. Datuk Rohani Abdul Karim.



Bunga daripada jenis kekwa, anthurium, ginger, orkid (ungu, merah jambu, merah).

Tuesday, May 14, 2013

Gubahan Bunga Segar - Modern Style



Contoh gubahan bunga segar dalam gaya ringkas, moden dan eksklusif sesuai untuk penggunaan di ruang-ruang pejabat atau hotel.

Sila hubungi THE PERSADA untuk sebutharga / quotation

Tuesday, April 23, 2013

THE PERSADA di dalam Mahligai Cinta TV3 - Rabu, 24 April 2013, 11.30 pagi, TV3

Mahligai Cinta, sebuah program perkahwinan TV3 telah bersiaran rakaman di butik THE PERSADA di Ampang Waterfront, Ampang.

Mahligai Cinta diacarakan oleh Pereka Fesyen, Jovian Mandagie.

Nantikan siaran Mahligai Cinta akan datang pada 24 April 2013, Rabu. jam 11.30 pagi di TV3.



http://www.tonton.com.my

Saturday, March 2, 2013

Gubahan Bunga "Modern, Simple & Classy" untuk ntv7 Bella Awards 2013





THE PERSADA dengan berbesar hati telah menggubah hiasan bunga segar untuk majlis ntv7 Bella Awards 2013 yang bersiaran secara langsung di saluran ntv7 pada 2 Mac 2013, Sabtu, jam 8.30 malam dari The Royale Chulan Hotel Kuala Lumpur.

Gubahan bunga segar tersebut bercirikan Modern, Simple & Classy, sesuai dengan imej majlis anugerah tersebut yang moden dan eksklusif.

Berikut merupakan gubahan bunga segar yang telah digubah oleh THE PERSADA pada majlis tersebut:

Modern & Elegant Fresh Flower Arrangement - Red Carpet di pintu masuk utama
Bunga segar hydrangea (lilac / ungu lembut) digubah moden dan eksklusif di dalam pasu panjang berkaca jernih, dan diletakkan di atas pillar moden yang mempunyai permukaan bercermin.



Modern, Simple & Classy Posy with Deco Candles
- bunga segar dari jenis eustoma (ungu) dengan hiasan riben hitam menawan. Dihiasi dengan lilin deko berwarna ungu yang mempunyai aroma lavender di dalam bekas lilin kaca.



Modern, Simple & Classy Hand Bouquet
- bunga segar calla lily putih yang dibalut riben ungu untuk penerima anugerah wanita dan bunga segar calla lily ungu yang dibalut riben krim untuk penerima anugerah lelaki.


Tuesday, February 26, 2013

Gubahan Bunga Segar Pentas - Primiera Hotel Kuala Lumpur

THE PERSADA telah menggubah bunga segar pentas di Dewan Utama, Primiera Hotel Kuala Lumpur yang terletak di Menara MARA.

Tema gubahan bunga ialah hijau dan putih bercirikan tumbuhan semulajadi taman.



Tuesday, February 12, 2013

Gubahan Bunga Segar Sempena Tahun Baru Cina 2013



Gubahan bunga segar bercirikan sambutan Tahun Baru Cina 2013 di kaunter utama Khazanah Nasional Berhad, KL Sentral. Eksklusif daripada THE PERSADA.

Sunday, December 30, 2012

Dekorasi Majlis Rumah Terbuka Malaysia Krismas 2012 & Sambutan Tahun Baru 2013

THE PERSADA telah membuat dekorasi dan gubahan bunga segar untuk Majlis Rumah Terbuka Malaysia Krismas 2012 & Sambutan Tahun Baru 2013 yang berlangsung di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur pada 31 Disember 2012. Majlis dianjurkan oleh Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan.

Dekorasi meliputi 4 batang pokok Krismas setinggi 8 kaki, sebatang pokok Krismas 20 kaki, hiasan bahagian bawah pokok Krismas setinggi 30 kaki, kereta kuda hiasan dan gubahan bunga segar untuk pentas utama.












Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...